Dari CarPark Ke Pentas, 'Konsert Rock Car Park' Gegar Odeon KL, Malam Himpunan Jiwa Rock Kental

Bingit riffing gitar, suara serak legenda dan langit Kuala Lumpur yang seakan kembali ke era kegemilangan rock Melayu menjadi nadi Konsert Rock Car Park 2026 di Odeon, Jalan Dang Wangi. Menghimpunkan nama-nama otai seperti MAY, Bloodshed, Sofea, Shasha & The Boys, Wicitra, Stingray, The Fatalis serta Ammal Bellamy, konsert ini membawa penonton pulang ke zaman kaset, jaket kulit dan lagu-lagu yang pernah menjadi soundtrack hidup ramai orang. Walaupun lokasi asal terpaksa dipindahkan akibat cuaca, semangat peminat langsung tidak luntur. Malam itu menjadi ruang untuk headbang, bernyanyi beramai-ramai dan membuktikan satu perkara: rock kapak masih bernyawa dan belum pernah benar-benar pergi...

Read More  

Hanyut Dalam Pelukan Panjang, Ghea Inderawari Sentuh Hati Ribuan Fanatika Dengan 'Rasi Jiwa'

Ghea Indrawari: Rasi Jiwa menjadi malam penuh emosi yang menyatukan lebih 1,200 peminat dalam suasana intim dan menyentuh hati. Menerusi lagu-lagu seperti Jiwa Yang Bersedih, Teramini, Masa Mudaku Habis dan Manusia Paling Bahagia, Ghea membuktikan kekuatan sebenar muzik terletak pada kejujuran rasa, bukan gimik berlebihan. Persembahan vokal yang lunak, pencahayaan puitis serta interaksi spontan menjadikan malam itu terasa sangat dekat dengan jiwa penonton. Momen paling menyentuh hadir ketika Ghea meminta peminat memeluk diri sendiri dan mengucapkan terima kasih kerana sudah kuat bertahan selama ini...

Read More  

Saat 'Wali Kembali', Hujan Rahmat Menjadi Zikir, Ribuan Parawali Bersatu Dalam Doa Dan Lagu

Konsert 'Wali Kembali' di Stadium Hoki Bukit Jalil menghimpunkan hampir 12,000 penonton dalam satu malam penuh emosi, muzik dan kenangan. Bermula tepat jam 8.30 malam, Wali Band mempersembahkan rangkaian lagu popular seperti Kekasih Halal, Yank, Cari Jodoh dan Aku Bukan Bang Toyib. Walaupun hujan turun, penonton tetap berdiri, menyanyi dan menari bersama. Konsert ini turut diserikan dengan momen istimewa apabila Wali mengalunkan zikir dan doa, termasuk untuk peminat serta rakyat Palestin. Lebih daripada hiburan, konsert ini menjadi pengalaman rohani dan emosional yang menyentuh jiwa setiap yang hadir...

Read More  

Percikan Cinta 'Joy Splash' Tak Pernah Padam, Bertemu ReVeluvs Di Kuala Lumpur Dalam Satu Nafas

Konsert 2026 Joy Asia Tour (JOY SPLASH) di Zepp Kuala Lumpur menjadi pengalaman intim buat lebih 1,500 ReVeluvs yang hadir. Dibuka dengan lagu “Hello”, Joy memukau dengan rangkaian lagu solo, OST drama dan hit Red Velvet seperti “Red Flavor” dan “Peek-a-Boo”. Persembahan diselang-seli dengan momen emosional, termasuk pembacaan surat peminat tentang anxiety, serta interaksi mesra seperti acapella dan permainan bersama penonton. Atmosfera konsert dipenuhi gabungan energi, nostalgia dan kehangatan peribadi. Malam diakhiri dengan encore meriah, meninggalkan kesan mendalam bahawa muzik Joy bukan sekadar hiburan, tetapi ruang untuk merasai, menyembuh dan mengingati...

Read More  

Satu Pentas, Enam Legenda, 5000 Fanatika Raikan Legasi 'Senariounion 30 Tahun | The Last Kopek'

Menghimpunkan 5,000 peminat di Idea Live Arena dalam sebuah malam penuh nostalgia, tawa dan emosi. Senario mempersembahkan 19 lagu popular termasuk Cinta Sate, Cari Tapak dan Lap Lip Lap, serta segmen istimewa seperti Sinaran Pasport Kegemilangan. Momen paling menyentuh hadir menerusi tribute buat Allahyarham Hamdan apabila anaknya menyampaikan lagu Doa Untuk Ayah di pentas, disusuli penyerahan trofi ABPBH kepada keluarga arwah. Konsert ini turut dimeriahkan dengan tema raya dan kemunculan Aina Abdul, menjadikannya sebuah pengalaman yang menggabungkan kenangan, persahabatan dan perjalanan seni selama tiga dekad...

Read More  

Penunggang Badai Serbu Konsert 'Barasuara Live In Kuala Lumpur' Rasa Yang Masih Bergaung Di Jiwa

Bertempat di Grand Banquet Hall, UTM Hotel & Residence, sekitar 400 penonton berkongsi pengalaman yang terasa peribadi melalui lagu-lagu seperti “Antea”, “Hagia”, “Bahas Bahasa” dan “Taifun”. Persembahan ini bukan hanya tentang muzik, tetapi tentang refleksi diri, luka dan harapan yang disampaikan dengan jujur. Interaksi antara band dan penonton menjadikan suasana lebih hidup, sehingga setiap detik terasa bermakna. Malam itu membuktikan bahawa kekuatan sebenar Barasuara terletak pada keikhlasan, menghasilkan pengalaman yang terus bergaung dalam jiwa selepas tirai ditutup...

Read More  

Ijmal Cinta Ramadan 3.0 Satukan Nostalgia, Doa Dan Jiwa Seni Dalam Satu Malam

Berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026 menghadirkan malam yang sarat nostalgia, spiritualiti dan kasih terhadap insan seni. Dari sudut pandang peribadi, persembahan The Rayhan, Kopratasa dan Dayangku Intan paling meninggalkan bekas kerana ketiga-tiganya tampil dengan aura matang, jujur dan tetap relevan. Barisan artis lain seperti Shima, To’Ki, Norshila Amin, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Zack Kacamata dan Zur Eda turut menghidupkan pentas dengan lagu-lagu yang dekat di hati penonton. Lebih menyentuh, konsert ini turut menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada 23 anak seni yang berdepan masalah kesihatan dan kewangan. Gabungan hiburan, tadarus, tazkirah serta solat berjemaah menjadikan acara ini terasa lebih penuh makna...

Read More  

'Tinggi'nya Sang Legenda Ella Di Hati 55,000 Fanatika, Majlis Tertinggi Rockqueen Cipta Sejarah

Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri 55,000 fanatika Ella pada 14 Februari 2026 demi menyaksikan konsert 'Majlis Tertinggi Rockqueen' anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen. Dengan tema “Peace, Love & Rindu”, konsert berdurasi lebih tiga jam ini menampilkan 35 lagu merentas era termasuk “Rama-Rama”, “Baldu Biru” dan “Standing In The Eyes Of The World”. Persembahan turut diserikan kolaborasi bersama Amir Masdi, Sam Bunkface, Tam Spider, Amy Search dan Joe Flizzow. Momen istimewa melibatkan atlet negara seperti Nicol David serta segmen penghormatan kepada Ramli Sarip dan M. Nasir. Lebih RM100,000 berjaya dikumpulkan untuk tujuan kebajikan. Konsert ini akan diteruskan di Singapura pada 9 Mei 2026, mengukuhkan jenama Rockqueen di peringkat serantau...

Read More  

Rockolusi Kuasa Dua: Kristal X & Azlan The Typewriter 'Langgar' Zepp KL, Bergabung Meletop!

Menghimpunkan Kristal X dan Azlan And The Typewriter pada 1 Februari 2026 di Zepp Kuala Lumpur dengan kehadiran sekitar 1,200 penonton. Pembuka oleh NASVE memberi lapisan dramatik melalui susunan koir, sebelum penyatuan simbolik menerusi Rockolusi Kuasa Dua. Segmen Azlan And The Typewriter mempersembahkan set peribadi dan jujur, diserikan momen spontan hadiah gitar kepada peminat. Kristal X pula tampil matang dengan himpunan karya yang menyalakan nostalgia dan tenaga. Penghargaan Lan Solo kepada Acap Kristal menjadi detik menyentuh, manakala segmen penutup bersama NASVE merayakan lintas generasi: anak Azlan dan Lan Solo turut berada dalam koir. Produksi cahaya dan bunyi menyokong muzik live yang tulen, mengesahkan rock tempatan terus relevan...

Read More  

'Pentas Barbarik Vol. 2' Menoreh Parut Indah, Muzik Keras Terus Bernafas Penuh Maruah

Menghimpunkan lebih 5,000 penonton di Mega Star Arena Kuala Lumpur dalam sebuah extravaganza rock yang gelap, terancang, dan berdisiplin. Ritual pembuka Drum Battle oleh Ainol, Black dan Jojet membuka malam 31 Januari 2026 dengan ketegasan, diikuti rangkaian lagu ikonik seperti Golok Kayu, Delilah, 18000 Sayap, Kasmaran, Enigma, Blues Ular Sawa, hingga penutup Peluru Cokelat dan Keris Tak Ada Sarung. Penampilan khas Mel menghidupkan Lena Diulit Intan dan Ranjang Mawar, manakala susunan instrumental serta solo bass memperkaya tekstur bunyi. Dengan produksi rapi oleh Republic Mokhmah Records dan Pentas Barbarik Sdn Bhd, malam ini menjadi pernyataan bahawa muzik berat tempatan terus bernafas dengan maruah dan keyakinan...

Read More  

Pergh! Bergegar Terok Panggung Anniversari Penangan Rock Padu Search & Spider!

Gegar Panggung di Panggung Anniversari mempertemukan kota dan warganya melalui muzik terbuka anjuran DBKL. Malam bermula dengan montaj visual, persembahan budaya “Jom Lepak KL”, serta aliran acara yang dikemudi Nadia Hasnan. ATTAP Band dan Tom Raja Farah memanaskan suasana sebelum Spider menghidangkan rangkaian lagu ikonik yang menyentuh ingatan kolektif. Search menutup malam dengan setlist penuh emosi daripada “Fantasia Bulan Madu” hingga “Pawana”, mengikat generasi lama dan baharu dalam satu suara. Konsert percuma ini mengangkat ruang awam sebagai medan seni yang inklusif: tanpa tiket, tanpa pagar, tanpa jarak emosi. Hasilnya, Panggung Anniversari bertukar menjadi tapak pertemuan sosial: tempat muzik menghubungkan manusia, memulihkan kenangan, dan menghidupkan semula jiwa kota...

Read More  

Malam 'Healing Nite 2026' Jadi Tempat Sembuh Jiwa 20,000 Hadirin Reset Emosi

Mempersembahkan pengalaman konsert yang berbeza: tenang, berlapik dan sarat emosi. Menghimpunkan Anuar Zain, Ella, Dayang Nurfaizah, Lyodra dan Kangen Band, konsert ini mengajak sekitar 20,000 penonton memperlahankan langkah dan mendengar dengan lebih jujur. Setiap persembahan disusun rapi, saling melengkapi tanpa berlumba mencuri perhatian. Konsep healing diterjemahkan secara menyeluruh melalui Healing Tent, kolaborasi kulinari, serta kehadiran Teratak Spa. Momen menyentuh melibatkan Mak Cik Rokiah, peminat setia Anuar Zain yang menghidap demensia, menambah lapisan kemanusiaan malam tersebut. Healing Nite 2026 membuktikan muzik mampu menjadi ruang terapi: perlahan, halus, dan membekas...

Read More